Tuesday, 10 December 2013

taman yg indah hanya dimata

aku hanya permainan ditaman ni
taman yang aku anggap indah

tapi dalam keindahan terselit kesakitan
cuba untuk menghayati keindahan itu

aku gagal, hanya kegelapan yang ada dalam pandangan
aku menyerah, dan salahkan takdir

sebenarnya bukan takdir yang patut dipersalahkan
kita yang mengcipta takdir sendiri

tanpa kita sedar, kita membiarkan taman itu indah dengan permainannya
dan permainan utama itu adalah diri kita sendri

kita lambat melangkah
kita lambat bertindak

akhirnya kita terjatuh di dalam taman itu s
dan membiarkan taman itu indah dengan permainan

aku adalah permainan utama, dan merelakannya tanpa dipaksa
sesungguhnya kesalahan itu datangnya dari diri sndri tnpa kita sedari

Monday, 9 September 2013

Persoalan demi persoalan

Orang bertanya, kenape?
aku berkata, itu takdirku.

Orang tanya mengapa?
aku berkata, kerana dia yang ku pilih untuk berada dihatiku.

Tidakkah engkau sakit?
kita berlajar erti kesakitan, baru kita sedar ape itu kebahagiaan.

Tidakkah kau merasa kesunyian?
lebih sunyi bila aku kehilangannya.

Sampai bila?
sampai Allah SWT tunjuk dia bukan jodoh ku.

Adakah engkau gembira?
hidup manusia bukan hanya penuh dengan kebahagiaan.

Tidakkah engkau sedih?
Hanya airmata yang mengalir ketika aku berdoa untuk aku dan dia.

Kau yakin dia untukmu?
Kita perlu yakin walaupun tidak pasti.

Thursday, 18 July 2013

Puisi seorang wanita - Dr. Diana



Seorang perempuan yang telah disakiti, tapi tabah untuk menghadapi, segala yang diuji untuk seorg lelaki yang digelar suami. 

Tak usah bicara tentang payung emas
Kerana
Aku belum layak iktiraf diri sesuci khadijah atau fatimah

Tak usah bicara tentang zuriat
Kerana
Aku bukan Allah...mudah menyebut kun fa ya kun...

Tak usah bicara tentang setia
Kerana
Aku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalanan

Tak usah bicara tentang tanggungjwb
Kerana
Aku tahu kau lebih arif tentang itu

Tak usah bicara tentang kesempurnaan
Kerana
Aku terima kekurangan kau kerana Allah

Tak usah bicara tentang dia
Kerana
Aku diasingkan darimu kerana dia

Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah
Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand..

Berhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan Allah...
Kerana satu dunia tahu
Hanya itu lah jawapan mudah utk lepaskan kekhilafan yg disengajakan...

Tuesday, 9 July 2013

Lelaki

Dia hanya seorang lelaki, yang penuh dgn senyuman
Seorang lelaki yang sangat membahagiakan
Seorang lelaki yang datang membawa harapan
Kegembiran, kebahagiaan dan juga kebaikan

Tapi dia hanya seorang lelaki yg mempunyai hati
Hati yang mungkin akan dicurangi dengan warna² pelangi
Warna yang ada pada diri ini mungkin tidak akan memberi erti
Warna yang pudar tiada siapa yang akan meminati

Kerana dia lelaki yang membahagiakan, aku pergi membawa diri
Kerana dia lelaki yg aku sayangi, aku pergi dan tidak kembali
Dia lelaki yang sentiasa di sisi, maka aku akan menghilangkan diri
Hanya kerana dia lelaki membuat aku sedar dari mimpi ngeri

Dia lelaki yang mengajar kita apa itu erti kesabaran
Dia lelaki yang menguji kita dengan ketabahan
Hanya kerana dia seorang lelaki memberi kita kebahagiaan
Kerana die lelaki kita tetap akan merasa kekecewaan

Saat bersamanya terlalu bermakna
Untuk ada disisinya mungkin cukup walaupun seketika
Bersyukur walaupun hanya sementara
Aku akan sentiasa mendoa kebahagiaanya

Cuba melepaskan semua bebanan
Yang mungkin belum ada apa² ikatan
Mempertahan sesuatu yang belum tentu ada pengakhiran
Penderitaan yang tiada tanggungan

Orang yang telah pergi mustahil untuk kembali
Mereka berjalan terus mencari apa mereka hendak dihati
Apa yang selalu ade disisi tetap mereka tidak hargai
Kerana kepuasan diri tak dapat dipenuhi

Semuanya telah ditakdirkan
Apakah aku mampu untuk menolak segala keputusan
Adakah ini akan berakhir dengan kebaikan
Semuanya akan dipenjelasan (suatu hari nanti)

Kau disana dan aku disini

Walaupun panas di tengah hari
Kita tak pernah tahu hujan yang bakal menanti
Hilang bayangan tanpa aku temui
Tercari-cari sesuatu yang aku sendiri tak pasti

Berjalan dan bertanya pada diri
Adakah engkau yang aku kehendaki
Atau hanya kau wujud didalam mimpi
Terasa hati bagai dihiris tanpa henti

Aku masih mencari bayangan yg telah engkau janji
Tapi yang aku dapat hanya disakiti sekali lagi
Engkau bersamanya membuat aku rasa benci
Tapi aku tahu bukan aku yg engkau perlukan disisi

Engkau memberi aku seribu erti
Tapi dengan cepatnya engkau berhenti
Terus pergi tanpa rasa simpati
Seperti ape yang kita lalui tidak bererti

Kau disana dan aku sini
Aku menyayangi dan engkau terus menyakiti
Tidak adil untuk diri ini
Aku bangun dan beranikan diri

Aku buka mata dan buka hati
Aku tahu kau mmg aku sayangi, tetapi aku pasti
Tanpamu bukan bermakna aku mati
Tanpamu membuat aku yakin dan pasti

Bahawa aku pun mampu mencari kebahagiaan sendiri
Kebahagiaan yang bakal aku lalui
Mungkin bukan hari ini
Tapi aku tahu kebahagiaan aku akan tiba nanti !!

Sunday, 7 July 2013

Hidup itu tidak selalunya indah


Aku terbang bagaikan tiada jalan pengakhiran
Terbang melayang tanpa hala dan tujuan
Aku sendiri merenung di sudut jalan
Memikirkan apa yang akan berlaku dimasa hadapan

Walaupun hidup aku tanpa bebanan
Tapi aku tetap merasa kesunyian
Badan lemah untuk melangkah kehadapan
Mengenangkan kisah yang selalu gagal di tengah jalan

Dalam menangis akan ku ukirkan senyuman
Dalam kesedihan akan ku cari kekuatan
Dalam diam aku masih mencari satu harapan
Harapan yang mungkin berakhir dengan kegelapan

Aku selalu mencari satu kepastian
Yang berjanji memberikan aku kebahagiaan
Tapi hanya dalam perkataan dan dimana perbuatan?
Yang selalu tinggal hanyalah kenangan

Hidup yang terlalu banyak kepahitan
Adakah aku akan merasa kemanisan?
Pasti suatu hari akan ada cahaya yg akan menerangi kegelapan
Entah bila atau di mana, tapi aku percaya kepadaNYA

Bukan kepadamu aku meminta dan merayu
Bukan kepadamu aku meminta simpati
Kerana aku tahu tak semua kehidupan berakhir dengan kegembiraan
Untuk mencapai sesuatu kejayaan
Kita perlu USAHA dan berdoa kepada ALLAH SWT kerana DIA memberi kita rasa cinta.

Jodoh itu rahsia ALLAH SWT
KepadaNYA aku merayu
kepadaNYA juga aku meminta
KepadaNYA aku menyerahkan segalanya

Kerana DIA memberikan aku kehidupan yang penuh dengan cabaran
Dan DIA juga akan menamatkan segala kehidupan dan berakhir dengan kematian

Friday, 14 December 2012

Kekuatan hati

saya terlalu hampa, sampai tidak mampu berkata apa-apa, menyerah sahaja kepada yang maha kuasa. saya percayakan tuhan, akan memberi yang terbaik untuk saya. dia pasti tahu apa yang terbaik untuk umatnya, saya hanya mampu berdoa dan berserah. Terima Kasih ya allah, menunjukkan segalanya.

Wednesday, 28 November 2012

Sadness.


She's the girl that believes that what comes around goes around. The one that hopes for a better day. The one that won't give up on you. She's the girl thats unlike the rest. The one that spent her days smiling, and her nights crying. she's the girl that would love to be loved. The one that looks so damn strong, but feels so weak. She's the girl that picks herself up every.

Thursday, 11 October 2012

Bila Prempuan ......


Bila perempuan bertenang,
Berjua-juta perkara yang ada didalam hatinya.

Bila perempuan mendiamkan diri,
Dia berfikir dengan sedalam-dalamnya.

Bila perempuan melihat matamu dengan penuh persoalan,
Dia tertanya-tanya berapa lama anda akan berada disisinya.

Bila perempuan berkata "saya okay",
Sebenarnya dia tidak sepenuhnya akan okay.

Bila perempuan merenung anda,
Dia tertanya-tanya adakah anda pernah berbohong kepadanya?.

Bila perempuan meletakkan kepalanya didada anda,
Dia ingin memberitahu kepada anda, dia ingin menjadi perempuan milik anda untuk selamanya.

Bila perempuan menghubungi anda setiap hari,
itu bermaksud dia ingin perhatian dari anda.

Bila perempuan menghantar text setiap hari  kepada anda,
itu bermaksud dia ingin anda membalasnya walaupun sekali.

Bila perempuan berkata I LOVE YOU,
Dia benar-benar maksudkanya.

Apabila perempuan menyatakan dia tidak boleh hidup tanpa anda,
Dia sudah membuat keputusan bahawa anda adalah masa depannya.

Bila perempuan berkata I MISS YOU,
Tiada siapa didunia ini akan merindui anda seperti dia merindui anda.


Apabila seorang perempuan mengucapkan selamat tinggal,
Maka dia akan pergi meninggalkan anda.
Jangan pernah cuba untuk mendapatkannya kembali,
Kerana dia bukan milik anda lagi,
Anda boleh merinduinya,
Anda boleh berfikir tentangnya,
Anda boleh terus mencintainya,
Tetapi dia tetap akan pergi, dan dia tidak akan pernah kembali.

Sunday, 12 August 2012

So Damn True !

You may not be her first, her last or her only. she loved before she may love again. but if she loves you now. what else matter? she's not perfect - you aren't either, and the two of you may never be perfect together but if she can make you laugh, cause you to think twice and admit to being human and making mistakes hold onto her and give her the most you can. she may not be thinking about you every second of the day, but she will give you a part of her that she knows you can break - her heart. so don't hurt her, don't change her, don't analyze and don't expect more than she can give. smile when she makes you happy, let her know when  she makes you mad, and miss her when she's not there.