Dia hanya
seorang lelaki, yang penuh dgn senyuman
Seorang lelaki
yang sangat membahagiakan
Seorang lelaki
yang datang membawa harapan
Kegembiran,
kebahagiaan dan juga kebaikan
Tapi dia hanya
seorang lelaki yg mempunyai hati
Hati yang
mungkin akan dicurangi dengan warna² pelangi
Warna yang
ada pada diri ini mungkin tidak akan memberi erti
Warna yang
pudar tiada siapa yang akan meminati
Kerana dia lelaki yang membahagiakan, aku pergi membawa diri
Kerana dia lelaki yg aku sayangi, aku pergi dan tidak kembali
Dia lelaki yang sentiasa di sisi, maka aku akan menghilangkan diri
Hanya kerana
dia lelaki membuat aku sedar dari mimpi ngeri
Dia lelaki yang mengajar kita apa itu erti kesabaran
Dia lelaki yang menguji kita dengan ketabahan
Hanya kerana dia seorang lelaki memberi kita kebahagiaan
Kerana die lelaki kita tetap akan merasa kekecewaan
Saat bersamanya
terlalu bermakna
Untuk ada
disisinya mungkin cukup walaupun seketika
Bersyukur walaupun
hanya sementara
Aku akan
sentiasa mendoa kebahagiaanya
Cuba melepaskan semua bebanan
Yang mungkin
belum ada apa² ikatan
Mempertahan sesuatu yang belum tentu ada pengakhiran
Penderitaan yang tiada tanggungan
Penderitaan yang tiada tanggungan
Orang yang telah pergi mustahil untuk kembali
Mereka berjalan terus mencari apa mereka hendak dihati
Apa yang selalu ade disisi tetap mereka tidak hargai
Kerana kepuasan diri tak dapat dipenuhi
Semuanya telah ditakdirkan
Apakah aku mampu untuk menolak segala keputusan
Adakah ini akan berakhir dengan kebaikan
Semuanya akan dipenjelasan (suatu hari nanti)
No comments:
Post a Comment