Walaupun panas di
tengah hari
Kita tak pernah tahu
hujan yang bakal menanti
Hilang bayangan
tanpa aku temui
Tercari-cari
sesuatu yang aku sendiri tak pasti
Berjalan dan
bertanya pada diri
Adakah engkau
yang aku kehendaki
Atau hanya
kau wujud didalam mimpi
Terasa hati
bagai dihiris tanpa henti
Aku masih
mencari bayangan yg telah engkau janji
Tapi yang
aku dapat hanya disakiti sekali lagi
Engkau bersamanya
membuat aku rasa benci
Tapi aku
tahu bukan aku yg engkau perlukan disisi
Engkau memberi
aku seribu erti
Tapi dengan
cepatnya engkau berhenti
Terus pergi
tanpa rasa simpati
Seperti ape
yang kita lalui tidak bererti
Kau disana
dan aku sini
Aku menyayangi
dan engkau terus menyakiti
Tidak adil
untuk diri ini
Aku bangun
dan beranikan diri
Aku buka
mata dan buka hati
Aku tahu kau
mmg aku sayangi, tetapi aku pasti
Tanpamu bukan
bermakna aku mati
Tanpamu membuat
aku yakin dan pasti
Bahawa aku
pun mampu mencari kebahagiaan sendiri
Kebahagiaan yang
bakal aku lalui
Mungkin bukan
hari ini
Tapi aku
tahu kebahagiaan aku akan tiba nanti !!
No comments:
Post a Comment