Aku terbang bagaikan tiada jalan pengakhiran
Terbang melayang tanpa hala dan tujuan
Aku sendiri merenung di sudut jalan
Memikirkan apa yang akan berlaku dimasa hadapan
Walaupun hidup aku tanpa bebanan
Tapi aku tetap merasa kesunyian
Badan lemah untuk melangkah kehadapan
Mengenangkan kisah yang selalu gagal di tengah jalan
Dalam menangis akan ku ukirkan senyuman
Dalam kesedihan akan ku cari kekuatan
Dalam diam aku masih mencari satu harapan
Harapan yang mungkin berakhir dengan kegelapan
Aku selalu mencari satu kepastian
Yang berjanji memberikan aku kebahagiaan
Tapi hanya dalam perkataan dan dimana perbuatan?
Yang selalu tinggal hanyalah kenangan
Hidup yang terlalu banyak kepahitan
Adakah aku akan merasa kemanisan?
Pasti suatu hari akan ada cahaya yg akan menerangi kegelapan
Entah bila atau di mana, tapi aku percaya kepadaNYA
Bukan kepadamu aku meminta dan merayu
Bukan kepadamu aku meminta simpati
Kerana aku tahu tak semua kehidupan berakhir dengan kegembiraan
Untuk mencapai sesuatu kejayaan
Kita perlu USAHA dan berdoa kepada ALLAH SWT kerana DIA memberi kita rasa cinta.
Jodoh itu rahsia ALLAH SWT
KepadaNYA aku merayu
kepadaNYA juga aku meminta
KepadaNYA aku menyerahkan segalanya
Kerana DIA memberikan aku kehidupan yang penuh dengan cabaran
Dan DIA juga akan menamatkan segala kehidupan dan berakhir dengan kematian

No comments:
Post a Comment