Thursday, 11 October 2012

Bila Prempuan ......


Bila perempuan bertenang,
Berjua-juta perkara yang ada didalam hatinya.

Bila perempuan mendiamkan diri,
Dia berfikir dengan sedalam-dalamnya.

Bila perempuan melihat matamu dengan penuh persoalan,
Dia tertanya-tanya berapa lama anda akan berada disisinya.

Bila perempuan berkata "saya okay",
Sebenarnya dia tidak sepenuhnya akan okay.

Bila perempuan merenung anda,
Dia tertanya-tanya adakah anda pernah berbohong kepadanya?.

Bila perempuan meletakkan kepalanya didada anda,
Dia ingin memberitahu kepada anda, dia ingin menjadi perempuan milik anda untuk selamanya.

Bila perempuan menghubungi anda setiap hari,
itu bermaksud dia ingin perhatian dari anda.

Bila perempuan menghantar text setiap hari  kepada anda,
itu bermaksud dia ingin anda membalasnya walaupun sekali.

Bila perempuan berkata I LOVE YOU,
Dia benar-benar maksudkanya.

Apabila perempuan menyatakan dia tidak boleh hidup tanpa anda,
Dia sudah membuat keputusan bahawa anda adalah masa depannya.

Bila perempuan berkata I MISS YOU,
Tiada siapa didunia ini akan merindui anda seperti dia merindui anda.


Apabila seorang perempuan mengucapkan selamat tinggal,
Maka dia akan pergi meninggalkan anda.
Jangan pernah cuba untuk mendapatkannya kembali,
Kerana dia bukan milik anda lagi,
Anda boleh merinduinya,
Anda boleh berfikir tentangnya,
Anda boleh terus mencintainya,
Tetapi dia tetap akan pergi, dan dia tidak akan pernah kembali.

2 comments:

  1. klau dier ckp mcm ni... "klau awak jumpe org lain bagi tahu laa saya supaye saye dah tak kacau awak dah.?"
    pendapat.?

    ReplyDelete
  2. kalau org dah tak suke kita, kenapa kita perlu memaksa sesuatu hubungan?

    ReplyDelete